BERKAT TAK HIDUP KITA??


Kali neyh saya nak bercakapa pasal keberkatan.Hurm.sebenarnya bukan calang-calang orang yang boleyh berhujah tentang keberkatan neyh..termasuk la diri saya.Kerana berkat tak berkat hidup kita bergantung kepada amalan kehidupan kita dan Allah lah yang menentukannya.Tapi kat sini saya tertarik untuk share ngan korang apa yang saya baca dekat facebook yang saya almost 24 hours bukak walaupun takda pape..Hehehe...Kalau salah tolong betolkan ye korang..

4 Tanda Hidup Tak Berkat

Salam, banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. Sama-sama muhasabah dan mengingati diri sendiri juga .

Haa,,..macam tue la citernye...Nampak macam remeh je kan?? Tapi itulah hakikatnya..ok..Renung-renungkan dan selamat beramal..:)

U.L.A.R part II

Neyh nak sambung citer lepas yang pasal ular tu..GUESS what?? Ular tu dah dijumpai..Nak tau kat mane???BAWAH RAK TV kat ruang tamu..

neyh la die

Pagi tadi ayah saya p cari ngan pekerja-pekerja bengkel dia ..Yelah..selagi tak jumpa ,mestilah tak puas 
hati ...tambahan mak saya yang penakut ular tue memang tak nak keluar dari bilik kalau ular tue masih tak dijumpai..Dahsyat kan mak saya..hehehe..Tapi dia still membantu cari ular tue..mak punya instinct la neyh cakap ade ular bawah rak tu...hehehe...Sekali betol-betol ada rupanya.Alhamdulillah la dah jumpa.
Haaaaa...di sini la start nye kekalutan yang teramat..dah jumpa ular kan..Hah..RIDSECT si penghalau nyamuk tu pown dah habis sebab operasi malam tadi.Then saya la yang kena rush cari ridsect kat kedai seblah...dengan semangat waja plus pakai sluar tido bunga2 yg comeyl lagi saye p beli ridsect..2 tin lagi tue..\
tapi bila smapai kat rumah tengok-tengok ular dah kena bunuh kat bengkel..
so???
tak guna saya yang comeyl neyh p bli ridsect.huhuhu..takpe takpe...ular tue dah innalillah dah..
neyh gambar dia..


U.L.A.R !!!!

Kali neyh saya nak cerita sket pasal makhluk ular neyh yang telah berjaya membuatkan rumah saya tonggang langgangat bilik. macam baru lepas kena tsunami..Hahaha.Lawak kan?? Kerana seekor ular habis 1 rumah terbalik.Terbaik la..cerita dia macam neyh. Area kol 10.30 malam tadi tetiba bina(my lil'sis yg besar macam aku) terjerit-jerit,cakap "ADA ULAR'ADA ULAR!!!!". Dah, ayah aku yang tengah lepak dengan Wak Nasir ngan Cik Hassan cepat-cepat masuk rumah.Bina cakap die prasan ada ular tu sebab dia tengah surf internet kat bilik,atas lantai.Dia cakap dia pandang wayar charger lappy pastu dia pandang 1 objek lurus,silinder and die start banding.Kenapa pulak wayar ada sisik?? Hahaha.kalau nak taw ular tue colour hitam(tu lah bley blank kejap tgk wayar n ular).Bila adik aku dah jerit ade ular kat bilik nak ke ruang tamu,Jiji (my lil' bro) yang tengah tido atas sofa terus je melompat.jauh dan tinggi kowt.Ntah la..Tapi sumpah lawak.Dengan baru bangun and muka mamai lagi.Hahaha..kesian...Aku plak tengah tengok tv kat ruang tamu pown tekejut jugak.Dah semua bangun and p blakang,aku je yang tinggal sorang2 kat depan.Ayah aku ,Wak Nasir ngan cik Hassan masuk.Ayah n Wak nasir nampak ular tue..Tapi masalahnye aku yang tercongok kat situ dari awal lagi tak nampak,,Huhuhu..Mula la panggil Abg Erol skali carikkan ular dalam bilik,bawah tangga n ruang tamu.Cari punya cari memang tak jumpa.Ntah ular tue p mana ntah.Sakit jiwa kami nak cari benda alah tu..Area sejam cari pown tak jumpa-jumpa jugak.Sudaaaaaah..p mana la plak ular neyh.Semua prabot kat ruang tamu and dalam bilik aku da terbalik habis dah..


Haha..yang kat atas neyh la jadinya bila cari ular tak jumpa2..tengok side kiri gambar tue.Ada kerusi urut an.Yang colour coklat tue.Hahaha..dah terbalik kan??yela.takowt ular tue menyorok kat dalam tue je.Kerusi tue dah la banyak lubang..Hahaha..Aku terpike..camne la aku nak kemas neyh??dengan ular yang tak jumpa2 lagi.Risau je kalau tengah kemas-kemas t ular muncul ke..terkezut mak.!! Dah la ular tue besar diameter dia macam batang mop..Atoyai..agaknya bagi korang biasa je kowt.tapi tak penah plak den handle.Rumah aku neyh located kat tepi parit.Dan bilik aku pown slalu jadi transit ular tue.Tak tau la kenapa.Huhuhu..Mintak2 la ular tue dah keluar dari rumah.Amin.Dan  aku bley kemas dengan tenang..:)

JANGAN MINUM CLOROX KALAU NAK BERSIHKAN JIWA!


SAY NO TO CLOROX!!!!
Hahaha..diz entry ditujukan khas kepada orang yang ada masalah jiwa,keserabotan dalam hidup
dan nak cari ketenangan.hahaha.wat eva pown,comey kan itik yang wat ala-ala tekezut tue..
Here it is..Zaman sekarang neyh atau tyme dah membesar neyh barulah saya sedar,banyaknya la problem yang menyusul tiba. Ada problem yang datang bergolek dan ada problem yang saya cari sendiri. Nak tak nak. Last-last diri sendiri yang stress.haha.Pernah tak korang buat salah,pastu semua nya pendam dalam hati an berharap ia akan luntur sendiri??~ok.ayat yg awkward~ Haaaa......mesti kesalahan yang korang wat tue besar kan.. sampai kadang-kadang terbawak-bawak dalam tido..MASALAH BETUL!! So akibatnya jiwa korang terganggu dan kalau wat kerja mesti akan terfikir-fikir pasal problem @kesalahan yang korang buat..Buat big mistake sampai terkesan kat hari dan jiwa.~PARAH SUNGGUH!!!~ ade rase2 nak buang tak masalah tue...ke ataw dah jadi sahabat bek korang sendiri..bawak je ke mana mana yang anda pergi..bak kata iklan DIGI " KU BERSAMAMU"..hahaha..


gambar je..takdekenemengene pown!

Realitinya ada yang mengambil jalan mudah untuk minum klorox..Tak pown gantung diri..terjun bangunan..dan banyak lagi(pandai2 la pike ye :))..Tapi tue semua tak dapat nak hilangkan apa yang korang rasa. Bahkan akan menghilangkan nyawa korang dan menyusahkan orang lain untuk menguruskan mayat korang..wt post potem dan so on..Banyak sebenarnya perkara yang korang bley wat untuk kurangkan rasa bersalah ataw nak kurangkan beban masalah korang..Antaranya, korang boleh share ngan orang lain masalah atau rasa kesal yang korang rasa dengan orang lain ataupun kaunselor.Inilah cara yang mudah dan biasa digunakan oleh orang..Tapi ada lagi cara yang lebih mudah taw! nak taw apa??
Of course
mestilah lebihkan BERISTIGHFAR dan BERDOA kepada ALLAH..
kan dengan mengingati Allah boleh menenangkan hati kita.Kembali kepada Pencipta.Yang lebih Maha Mengetahui dan Maha Mendengar. Insya-Allah masalah yang dihadapi akan lebih mudah diatasi. Ingat Allah takkan menguji hamba-Nya dengan sesuatu yang hamba-Nya takkan mampu..BE STRONG,DEAR!!
Jadi,janganlah kita ambil jalan  mudah dengan mengambil nyawa sendiri ataw mencederakan diri sendiri..
:) 

EMOSI!!

Emosi ataupun dalam englishnya, EMOTION memang wajib ada dalam diri manusia yang biasa macam kita nie. Kadang-kadang kita akan rasa gembira,sedih,teruja dan banyak lagi dalam menempuhi kehidupan seharian.
Ala.. Normal la tu kan. kalau tak rasa tue maksudnya sah tak normal. Biasanya setiap perasaan yang kita rasa mesti ada rangsangannya tersendiri.dan ada juga yang mengatakan emosi itu adalah ransangan dan ransangan itu adalah emosi. Hah, sama la kan.Tapi sekarang neyh saya nak cakap pasal perasaan marah sahaja.Percaya tak kadang-kadang, marah ini bolehla kalau orang  kata nak dikaitkan dengan perasaan ego dalam diri sendiri.
Yelah..kebiasaannya, manusia neyh susah sket kan nak terima pendapat orang lain.Teguran pown kena proses dulu baru boleh diserap.Kena buat muhasabah diri kejap,pikir dulu betul-betul.Tolak sket ego tu.Barulah boleyh kompromi.Hahahahaha.Itu lah yang saya rasa.Tak tau la korang macam mana.Sama lah jugak,kalau kena bebel ngan parents.Hahaha.Ada ke yang duduk diam dan tadah je telinga??Tipulah..Mesti lah dalam hati protes jugak kan. Yang rasa protes itu mungkin ego. Dan lepas tue mesti ada rasa sket-sket marah kan?? Hilang mood kan. Kadang-kadang lepas marah mesti rasa sedih lepas marah. Mula la nak hujan-hujan bagai.(apa lagi..nanges la).Biasalah. ini yang selalu dilalui oleh saya time saya marah..Tapi lepas tu saya akan rasa hepi smula.hahaha..rasa unik kan.?~RASA DIRI UNIK,PERASAN SUNGGUH..HAHAHA~ Boleh rasa banyak benda dalam 1 masa.Itulah anugerah Allah yang diberi kepada hamba-Nya. Dan tugas kita adalah bersyukur dan menghargainya. So, kembali senyum. Dah! jangan nak marah-marah ok..:)

Hah..kan comeyl..

Tengok ipin yang rongak pown bley senyum.hahahaha

MULAKAN HIDUP BARU!!



Selalu mesti anda pernah dengar kan? Ungkapan  "Mulakan hidup baru".Mesti ada sebab ayat tu keluar.
maybe dia rasa hidup dia yang lepas amat teruk. Ada sejarah hitam and full of sadness.
Ada yang berjaya mulakan hidup baru tanpa mengingati hidup yang lama. Ada juga yang tak berjaya.
tapi sedarkah kita perkara lama yang kita anggap pahit itu memberikan seribu pengajaran dan pengalaman.
Yang takkan dapat dibeli daripada kedai mahupun pasaraya. Hidup siapa yang tak akan dihujani dengan tangisan sedangkan memang sudah hakikatnya perasaan sedih itu sudah ada dalam diri kita sendiri.
Hanya kita sahaja yang mampu bangkit dan teruskan semula perjalanan dan perjuangan hidup kita.
"LIFE MUST GO ON!!". Pandang ke hadapan kawan! Kalau tisada siapa yang mahu memberikan sokongan, sandarkannya pada Allah S.W.T yang Maha mengetahui. Jika hendak pandang ke belakang pun hanya untuk mengambil pengajaran di atas kelemahan dan kekurangan yang terjadi.
Mungkin ungkapan "Mulakan hidup baru tidak sesuai di sini, namun setiap hari yang kita lalui adalah hari yang baru dan akan memberi kita pengalaman dan pengajaran yang baru.
Kerana, sudah hakikatnya manusia akan mengelakkan dirinya untuk dilukai dengan cara yang sama.