Selalu mesti anda pernah dengar kan? Ungkapan "Mulakan hidup baru".Mesti ada sebab ayat tu keluar.
maybe dia rasa hidup dia yang lepas amat teruk. Ada sejarah hitam and full of sadness.
Ada yang berjaya mulakan hidup baru tanpa mengingati hidup yang lama. Ada juga yang tak berjaya.
tapi sedarkah kita perkara lama yang kita anggap pahit itu memberikan seribu pengajaran dan pengalaman.
Yang takkan dapat dibeli daripada kedai mahupun pasaraya. Hidup siapa yang tak akan dihujani dengan tangisan sedangkan memang sudah hakikatnya perasaan sedih itu sudah ada dalam diri kita sendiri.
Hanya kita sahaja yang mampu bangkit dan teruskan semula perjalanan dan perjuangan hidup kita.
"LIFE MUST GO ON!!". Pandang ke hadapan kawan! Kalau tisada siapa yang mahu memberikan sokongan, sandarkannya pada Allah S.W.T yang Maha mengetahui. Jika hendak pandang ke belakang pun hanya untuk mengambil pengajaran di atas kelemahan dan kekurangan yang terjadi.
Mungkin ungkapan "Mulakan hidup baru tidak sesuai di sini, namun setiap hari yang kita lalui adalah hari yang baru dan akan memberi kita pengalaman dan pengajaran yang baru.
Kerana, sudah hakikatnya manusia akan mengelakkan dirinya untuk dilukai dengan cara yang sama.


No comments:
Post a Comment